AGENSI

Jualan Ehsan Rahmah di tujuh pasar raya Segi Fresh esok

6 Mac 2024, 1:15 PM
Jualan Ehsan Rahmah di tujuh pasar raya Segi Fresh esok
Jualan Ehsan Rahmah di tujuh pasar raya Segi Fresh esok
Jualan Ehsan Rahmah di tujuh pasar raya Segi Fresh esok
Jualan Ehsan Rahmah di tujuh pasar raya Segi Fresh esok

SHAH ALAM, 6 MAC: Warga Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di tujuh pasar raya Segi Fresh pada esok.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan KPDN Selangor itu diadakan di cawangan Segi Fresh Subang, Banting, Bestari Jaya, Rantau Panjang, Taman Amaniah, Saujana Rawang dan Awani Bangi.

“Inisiatif ini membantu meringankan beban komuniti setempat terutama golongan B40. Dapatkan barang dapur segar dan murah di sini,” kata Segi Fresh di Facebook.

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain enam barangan asas JER, barangan basah lain turut ditawarkan termasuk kentang, bawang, sayur sawi, buah-buahan, santan dan tepung gandum.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619