BERITA UTAMA

Bantuan SMUE dibayar secara e-baucar bermula April

6 Mac 2024, 7:08 AM
Bantuan SMUE dibayar secara e-baucar bermula April

SHAH ALAM, 6 MAC: Kaedah penebusan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan dibayar melalui e-baucar menggunakan aplikasi khas bermula April depan, kata EXCO kebajikan masyarakat.

Menurut Anfaal Saari, pelaksanaan terbaharu itu bagi memudahkan penerima mendapat hak mereka berbanding kaedah lama yang perlu dituntut di pejabat wakil rakyat atau penyelaras.

"Kerajaan Negeri kini dalam proses penyelarasan ke arah pendigitalan. Mulai April kita akan mulakan proses pendaftaran dan pengesahan, manakala penebusan pula melalui konsep e-baucar.

"Tatakelola penebusan pula hanya boleh dilakukan penama yang sah sahaja," katanya menjawab soalan tambahan wakil rakyat Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Anfaal menambah pihaknya juga akan meminta Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menyelesaikan agihan baucar kepada penerima bantuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang.

"Agihan baucar di kawasan pembangkang diuruskan penyelaras tetapi mana belum selesai, saya akan minta Yawas segerakan petugas turun atau minta DUN angkat sampaikan bantuan," katanya.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM16.48 juta bagi meneruskan program Jom Shopping perayaan dengan setiap seorang menerima RM200 untuk membeli barangan keperluan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619