AGENSI

Mais serah bantuan banjir RM3 juta kepada 21 penerima

5 Mac 2024, 10:35 AM
Mais serah bantuan banjir RM3 juta kepada 21 penerima

SHAH ALAM, 5 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menyerahkan bantuan banjir berjumlah RM3 juta kepada 21 penerima yang terkesan dengan musibah itu pada 2021.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata sumbangan mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu mangsa dalam kalangan asnaf memulakan hidup baharu.

Menurutnya, seramai 20 penerima mendapat bantuan binaan rumah baharu berjumlah RM1.86 juta meliputi daerah Hulu Langat (tujuh unit), Sepang (enam), Klang (empat) dan Petaling (tiga).

"Lebihan RM1.12 juta pula bagi membaik pulih bangunan warden dan asrama serta bangunan lama di Pusat Pengajian Pondok Bustanul Ariffin, Kampong Labohan Dagang," katanya dalam kenyataan.

Simbolik serahan disempurnakan Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Ajib Ismail di Kampung Labohan Dagang, Banting.

Dalam pada itu, Ahmad Shahir menghargai usaha MAIWP yang prihatin terhadap mangsa banjir di Selangor selain bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619