EXCO

EXCO: Program Sehat ditambah baik, tawar subsidi rawatan psikiatri, psikologi

5 Mac 2024, 10:06 AM
EXCO: Program Sehat ditambah baik, tawar subsidi rawatan psikiatri, psikologi

SHAH ALAM, 5 MAC: Kerajaan Negeri menambah baik program Selangor Mental Sihat (Sehat) dengan memperkenal rawatan psikologi klinikal sejak Oktober tahun lalu.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata subsidi rawatan psikiatri dan psikologi antara usaha memperkasa aspek penjagaan kesihatan mental dalam kalangan penduduk negeri ini.

"Kerajaan Negeri mementingkan penjagaan kesihatan mental yang baik dan berkesan dengan memperkenal program SEHAT sejak tahun 2021.

"Bermula tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menambah baik program SEHAT dengan memperkenalkan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi kepada individu memerlukan rawatan.

"Manakala, subsidi rawatan psikiatri ini juga telah diperluas kepada psikologi klinikal pada Oktober tahun 2023," katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Kerajaan Negeri melancarkan SEHAT dengan peruntukan RM500,000 bagi menangani isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619