AGENDA

Bantu miliki kediaman, lebih banyak projek Rumah Selangorku diluluskan

5 Mac 2024, 5:09 AM
Bantu miliki kediaman, lebih banyak projek Rumah Selangorku diluluskan

SHAH ALAM, 5 MAC: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) meluluskan pembinaan lebih 100,000 unit Rumah Selangorku pelbagai kategori dalam tempoh beberapa tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan hampir 70,000 unit menunggu proses kebenaran merancang setakat ini, manakala selebihnya sedang dalam pembinaan.

“Tahun ini hingga 2026, banyak projek akan siap antaranya Rumah Idaman (Bandar Saujana Putra) dan akan diserahkan kepada pemiliknya. Projek ini diambil daripada pemaju tanah yang cuai," katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin berkata sebanyak 187,243 permohonan Rumah Selangorku diterima sepanjang 2018 hingga tahun lalu dengan 42,238 pemohonan menerima tawaran, manakala 115,095 dalam senarai menunggu.

Dalam tempoh sama juga, katanya, terdapat 95 projek melibatkan 30,327 unit rumah diserahkan kepada pembeli, sementara 29,910 menolak disebabkan pinjaman tidak lulus atau dokumen tidak lengkap.

Sejak 2014 hingga hujung tahun lalu, Kerajaan Negeri meluluskan pembangunan 245,371 unit Rumah Selangorku melibatkan LPHS, pemaju swasta anak syarikat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619