AGENDA

Wanita berputih mata, peti besi berisi jongkong emas, wang tunai lesap

4 Mac 2024, 11:32 AM
Wanita berputih mata, peti besi berisi jongkong emas, wang tunai lesap

KUALA LUMPUR, 4 MAC: Seorang wanita berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan ialah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu.

“Jumlah keseluruhan anggaran kerugian adalah kira-kira RM3.5 juta,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa serta keluarga tiada di rumah dan laporan polis dibuat wanita itu hari ini.

Ashari berkata kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju melalui talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619