AGENDA

PM: Buka semula siasatan MH370 jika ada bukti baharu, kukuh

4 Mac 2024, 10:27 AM
PM: Buka semula siasatan MH370 jika ada bukti baharu, kukuh

MELBOURNE, 4 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Malaysia bersedia membuka semula siasatan berhubung insiden kehilangan pesawat bagi penerbangan MH370 Malaysia Airlines hampir sedekad lepas sekiranya ada bukti baharu dan kukuh.

"Mengenai insiden membabitkan (MH)370, kami telah mengambil pendirian bahawa jika ada bukti kukuh yang memerlukan kes itu dibuka semula, kami pasti akan berbuat demikian.

“Saya dengan sukacita bersedia membuka semula kes ini… Ia adalah isu yang memberi kesan terhadap kehidupan rakyat dan apa sahaja yang perlu dilakukan, harus dilakukan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Anthony Albanese di Melbourne sempena lawatan rasmi beliau ke Australia.

Sidang media itu mendahului Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia (ALM) Kedua, yang buat julung kalinya berlangsung secara bersemuka antara pemimpin dan pegawai tinggi kedua-dua negara sejak ia diperkenal pada 2021.

Tarikh 8 Mac ini adalah ulang tahun ke-10 tragedi kehilangan pesawat malang itu.

Penerbangan MH370 Malaysia Airlines, yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Albanese pula mengakui beliau memahami kesedihan dan kesengsaraan yang dialami oleh ahli keluarga mangsa.

"Kami memahami bahawa ini adalah saat yang begitu sukar kepada ahli keluarga mangsa kerana mereka gagal mendapat kepastian dengan misi pencarian yang berjaya. Ia amat sukar," kata beliau.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619