EXCO

PBT, anak syarikat Kerajaan Negeri bangun pusat jagaan warga emas

4 Mac 2024, 8:30 AM
PBT, anak syarikat Kerajaan Negeri bangun pusat jagaan warga emas

SHAH ALAM, 4 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya antara pihak berkuasa tempatan yang membangunkan rumah jagaan warga emas bagi memastikan kebajikan golongan itu terjaga.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata inisiatif sama turut dijalankan anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Selgate Corporation.

“Ini merupakan sebahagian daripada matlamat pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Kerajaan Negeri juga sedang meneroka peluang kerjasama dengan pihak lain bagi memberi manfaat kepada warga emas di samping merangsang ekonomi negeri,” katanya.

Berucap ketika sesi penggulungan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Anfaal berkata seramai1,695 warga emas dijaga di 101 pusat jagaan berdaftar setakat ini.

“Ini berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri. Kerajaan Negeri akan melaksanakan kajian tindakan bagi memahami keperluan warga emas. Hasil kajian akan membantu negeri membentuk bantuan dan pemberdayaan yang diperlukan golongan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Anfaal yang juga EXCO kebajikan masyarakat berkata inisiatif khusus bakal dilancarkan dalam RS-1 bagi membangunkan rangka kerja pemantauan semua program kebajikan sekali gus memanfaatkan golongan sasar.

“Kerajaan Negeri turut bercadang menjalin kerjasama dengan unit penyelarasan pelaksanaan Selangor untuk membuat semakan silang dengan data penerima Sistem e-Kasih selain Pangkalan Data Utama (Padu),” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619