EXCO

Karnival Pertanian Madani Kota Raja bantu petani pasar produk

3 Mac 2024, 6:30 AM
Karnival Pertanian Madani Kota Raja bantu petani pasar produk
Karnival Pertanian Madani Kota Raja bantu petani pasar produk

SHAH ALAM, 3 MAC: Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di pekarangan Wisma Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) di sini hari ini.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata program itu merupakan satu usaha membantu petani memasarkan produk selain pengguna mendapatkan barangan berkualiti.

“Kerajaan Negeri sentiasa membantu petani dalam mengusahakan tanaman, memberi bimbingan termasuk memasarkannya supaya pengguna menerima manfaatnya.

“Pada tahun ini, kita memfokuskan tanaman berkualiti seperti nanas, melon, jagung dan udang kara. Seperti nanas, Kerajaan Negeri sedang meningkatkan pengeluaran benih berkualiti di kawasan seluas empat hektar,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan karnival anjuran Kohijrah dan Parlimen Kota Raja dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

[caption id="attachment_631299" align="alignnone" width="965"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Ir Izham Hashim (dua, kanan) merasmikan Jelajah Hari Mealaysia sempena Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024 di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 3 Mac 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, Izham berkata karnival julung kali diadakan selama dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Pelbagai pameran dan jualan produk pertanian berkualiti disediakan kepada pengunjung dengan tawaran harga menarik.

“Kerajaan Negeri menyambut baik usaha agensi-agensi ini termasuk pihak swasta yang menganjurkan karnival seperti ini kerana pengguna dapat barangan berkualiti selain membantu petani memasarkan produk mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619