AGENDA

Lelaki rugi lebih RM400,000 terpedaya janji kenalan baharu

3 Mac 2024, 5:48 AM
Lelaki rugi lebih RM400,000 terpedaya janji kenalan baharu

JOHOR BAHRU, 3 MAC: Seorang lelaki kerugian RM427,940 selepas terpedaya dengan seorang individu baharu dikenali untuk urusan pengeluaran wang yang menjanjikan bayaran balik berserta komisen.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa diperkenalkan kepada seorang lelaki tempatan yang mengatakan mempunyai wang berjumlah RM25 juta dimasukkan ke akaun bank miliknya dari luar negara, pada November 2021.

Beliau berkata lelaki itu kemudian meminta pertolongan mangsa untuk memberikan wang bagi membayar pelbagai kos seperti cukai kerajaan untuk kemasukan wang RM25 juta itu, serta menjanjikan bayaran balik dan komisen berjumlah RM6 juta.

“Mangsa ditunjukkan beberapa dokumen bagi meyakinkan bahawa wang RM25 juta berkenaan benar-benar wujud. Mangsa kemudian memasukkan wang ke empat akaun berbeza melibatkan 98 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM427,940, bermula Disember 2021 hingga Jun 2023.

“Bagaimanapun, pada Julai 2023 lelaki terbabit masih meminta mangsa membuat bayaran menyebabkan mangsa mula curiga dan menuntut kembali wangnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata mangsa percaya telah ditipu selepas lelaki terbabit gagal dikesan dan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan juga akan meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619