AGENDA

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan bom di India

2 Mac 2024, 12:03 PM
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam letupan bom di India

PUTRAJAYA, 2 MAC: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia, termasuk pelajar yang terjejas dalam insiden letupan bom di Rameshwaram Cafe di Bengaluru, India, semalam.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai memaklumkan pihaknya kini mengikuti laporan berkaitan insiden letupan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan individu cedera, termasuk tiga kakitangan kafe dan seorang pelanggan.

“Berikutan itu, semua rakyat Malaysia di Bengaluru digesa sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi amaran perjalanan dari pihak berkuasa tempatan dan mengelakkan tempat sesak kerana siasatan berkaitan insiden masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di alamat: Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, No 7 (Old No. 3) 1st Street, Cenotaph Road Teynampet, Chennai 600 018 Tamil Nadu atau melalui telefon (0091 44 2433 4434/35/36) dan e-mel mwchennai@kln.gov.my.

Menurut laporan media antarabangsa, letupan yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri itu, berlaku sejurus selepas 1 tengah hari (07:30 GMT) pada Jumaat ketika orang ramai dari pejabat berdekatan beratur untuk menjamu selera.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619