AGENSI

Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 

2 Mac 2024, 8:00 AM
Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 
Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 
Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 
Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 
Pembiayaan HIJRAH bantu pengusaha bangkit buka semula pusat asuhan 

SHAH ALAM, 2 MAC: Pengusaha pusat asuhan kanak-kanak memuji Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) yang mudah memberi pembiayaan sekali gus membantunya menapak lebih jauh dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Pemilik Little Bunny Child Care Centre berkata menerusi pembiayaan berkenaan beliau bangkit mengusahakan semula pusat asuhan dengan menyewa di lot kedai selepas pusat pertama di kawasan perumahan terpaksa ditutup.

[caption id="attachment_631166" align="aligncenter" width="796"] Pemilik Little Bunny Child Care Centre Wan Nur Hidayah Wan Marzuki pada majlis perasmian Little Bunny Child Care Centre di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

“HIJRAH sangat bagus dan memudahkan usahawan macam saya. HIJRAH bantu saya untuk menapak lebih jauh dalam bidang ini.

"Insya-Allah, jika diberi rezeki saya ingin membuka lebih banyak pusat asuhan kanak-kanak pada masa akan datang,” kata Wan Nur Hidayah Wan Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Little Bunny Child Care Centre yang disempurnakan Setiausaha Kanan EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Muhammad Luqman Hasan di Taman TTDI Jaya, di sini hari ini.

[caption id="attachment_631163" align="aligncenter" width="778"] Antara kemudahan yang disediakan di Little Bunny Child Care Centre di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Wan Nur Hidayah menambah, Little Bunny Child Care Centre kini memiliki lima tenaga pengajar bagi mengasuh 25 kanak-kanak.

"Kita menerima kanak-kanak berusia dua bulan hingga 11 bulan dengan caj RM660 sebulan manakala setahun hingga empat tahun (RM560).

"Setakat ini, 25 kanak-kanak sudah berada di bawah jagaan kami dan kapasiti boleh memuatkan hingga 40 orang," katanya.

[caption id="attachment_631165" align="aligncenter" width="810"] Setiausaha Kanan EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Muhammad Luqman Hasan pada majlis perasmian Little Bunny Child Care Centre di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Muhammad Luqman yang mewakili Dr Mohammad Fahmi Ngah memuji kesungguhan Wan Nur Hidayah untuk kembali bangkit membuka semula pusat asuhan kanak-kanak.

“Aktiviti yang direncanakan seperti kemahiran sentuhan dan penyediaan permainan yang interaktif itu saya lihat amat bagus dan membantu perkembangan kanak-kanak.

“Selain itu, ia turut memberi kesenangan kepada ibu dan bapa terutama ketika bekerja mereka tidak perlu bimbang lagi anak di bawah jagaan pengasuh terlatih,” katanya.

[caption id="attachment_631167" align="aligncenter" width="735"] Antara kemudahan yang disediakan di Little Bunny Child Care Centre di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 2 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619