ADN

Kerajaan Negeri dicadang tawar pembelian vaksin kepada panel klinik Peduli Sihat

2 Mac 2024, 2:30 AM
Kerajaan Negeri dicadang tawar pembelian vaksin kepada panel klinik Peduli Sihat

SHAH ALAM, 1 MAC: Wakil rakyat Bandar Baru Klang mencadangkan Kerajaan Negeri menawarkan pembelian vaksin dan ubat kepada panel klinik Peduli Sihat.

Dr Quah Perng Fei berkata tawaran itu mungkin boleh dibuat secara berpusat berikutan kos perubatan yang kian meningkat mencecah sehingga 25 peratus.

"Saya mencadangkan kerajaan untuk menawarkan pembelian vaksin dan ubat-ubatan kepada panel Klinik Peduli Sihat secara berpusat.

"Pemesanan dalam jumlah kuantiti yang banyak secara langsung dapat mengurangkan kos perubatan. Oleh itu, klinik panel boleh mendapatkan akses terhadap ubat-ubatan dengan lebih baik," katanya.

Beliau berucap ketika membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Diperkenal pada 2 Julai tahun lalu, Iltizam Sihat Selangor (ISS) menyasar 100,000 penduduk menerima manfaat membabitkan peruntukan RM67 juta bawah kluster kesihatan Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM35 juta bagi kesinambungan program ISS yang membantu pemegang polisi mendapat rawatan segera di klinik swasta.

Setiap pemegang polisi ISS layak mendapat rawatan asas dan vaksinasi RM500 setahun bagi kategori keluarga manakala individu RM250 setahun di mana-mana panel klinik seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619