AGENDA

Pengendali projek LRT3 diarah kaji punca banjir sekitar Meru

1 Mac 2024, 4:15 AM
Pengendali projek LRT3 diarah kaji punca banjir sekitar Meru

SHAH ALAM, 1 MAC: Pengendali projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3), Prasarana Malaysia diarah menyemak punca kejadian banjir sekitar Pasar Borong Meru dan Sekolah Tinggi Klang.

EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata perkara itu perlu diteliti terutama keperluan dan keberkesanan parit erong serta pembersihan parit alir keluar di Jalan Meru hingga Sungai Klang.

"Beberapa siri kejadian banjir berlaku di Jalan Meru iaitu hadapan kompleks Pasar Jalan Meru dan Sekolah Tinggi Klang semasa peringkat pembinaan serta penyiapan projek pembangunan LRT3.

"Justeru, pihak LRT 3 perlu menyemak pembinaan dan ubah suai pembentung di kawasan Bulatan Kota serta membuat cadangan untuk mengatasi masalah banjir ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei berhubung pembangunan projek LRT 3 dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Beliau menjelaskan status kemajuan keseluruhan projek LRT 3 sehingga Januari lalu pada kadar 93.88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya serta mula beroperasi Mac 2025.

Dalam pada itu, Sze Han berkata Majlis Bandaraya Diraja Klang akan menaik taraf perparitan di kawasan Lorong Nuri berhadapan Sekolah Tinggi Klang yang kerap mengalami banjir kilat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619