BERITA UTAMA

Rumah Selangorku Morib siap Disember ini, pelabur baru suntik dana

1 Mac 2024, 3:34 AM
Rumah Selangorku Morib siap Disember ini, pelabur baru suntik dana
Rumah Selangorku Morib siap Disember ini, pelabur baru suntik dana

SHAH ALAM, 1 MAC: Projek Rumah Selangorku Pangsapuri Morib Anggun, Kuala Langat yang tergendala sebelum ini dijangka siap Disember ini.

EXCO Perumahan Borhan Aman Shah berkata beberapa siri mesyuarat dan lawatan tapak telah diadakan bagi memantau perkembangan pembinaan projek terbabit dengan kerajaan persekutuan.

"Perkara yang saya nampak terjadinya kelewatan kerana ada masalah (pemaju) untuk membayar dana 'Bank Guarantee', asalnya mereka perlu membayar RM18 juta.

"Namun, atas budi bicara Dato' Menteri Besar (Dato' Seri Amirudin Shari), Kerajaan Negeri memberi kelonggaran maka dengan sumber diberi, mereka dapat membayar 'Bank Guarantee' kepada pihak utiliti.

[caption id="attachment_470192" align="aligncenter" width="688"] Rumah Selangorku Residensi Adelia, Kajang. Foto ARKIB SELANGORKINI[/caption]

"Terdapat pelabur baru akan menyokong projek dengan suntikan dana signifikan. Pengurusan tertinggi syarikat turut diganti bagi memastikan kerja di lapangan diteruskan," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib Rosnizan Ahmad berhubung Rumah Selangorku Morib dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan isu itu sudah dibawa kepada campur tangan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Media turut melaporkan impian kira-kira 500 pembeli projek perumahan di Morib yang kebanyakan golongan B40 memiliki rumah sendiri tertangguh apabila gagal disiapkan sejak 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619