AGENSI

Tiada data bocor, maklumat peribadi pengguna SELangkah selamat

29 Feb 2024, 10:19 AM
Tiada data bocor, maklumat peribadi pengguna SELangkah selamat

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 29 FEB: Maklumat peribadi pengguna yang disimpan dalam pangkalan data aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) tidak terjejas dan kekal selamat.

Menurut syarikat pembangunan aplikasi itu, keselamatan dan privasi pengguna terus diutamakan di sebalik dakwaan berlaku pelanggaran data daripada sumber dalam talian.

"Kami ingin menjelaskan bahawa data yang dipersoal bukan daripada pangkalan data kami. Data peribadi yang disimpan dalam SELangkah tidak terjejas dan kekal terjamin.

"Kami ingin meyakinkan pengguna bahawa kami terus melaksana dan mengekalkan langkah terbaik untuk memastikan keselamatan data mereka," kata Selangkah Ventures Sdn Bhd.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan The Star pada 26 Februari yang mendakwa berlaku penjualan data membabitkan lebih lima juta pengguna aplikasi itu.

Menurut portal itu, sumber data meliputi 10,027 fail berkaitan suntikan vaksin Covid-19, dengan harga disenaraikan pada AS$1,000 (RM4,761).

Aplikasi yang dibangunkan pada 2021 membantu pengesanan kontak semasa pandemik Covid-19 dan fungsinya kini ditambah untuk mengakses pelbagai inisiatif bawah Kerajaan Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619