AGENDA

Kerajaan belanja RM78.73 juta bantu B40 dapat rawatan di klinik swasta

29 Feb 2024, 7:06 AM
Kerajaan belanja RM78.73 juta bantu B40 dapat rawatan di klinik swasta

SHAH ALAM, 29 FEB: Sejumlah RM78.73 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini menerusi Skim Perubatan Madani bagi memberi khidmat perubatan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) di klinik swasta.

Menteri kesihatan berkata fasa satu skim dilancar pada 15 Jun 2023 di 10 kawasan iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kota Kinabalu dan Kuching.

“Seterusnya diperluas ke 11 lagi kawasan bagi fasa dua dan kemudiannya ke seluruh negara pada 19 September lalu yang mana berdasarkan perbelanjaan lepas dan unjuran semasa anggaran perbelanjaan seminggu di 10 daerah fasa satu adalah RM1.7 juta seminggu.

“Bermula 26 Februari Skim Perubatan Madani menumpukan kepada 10 kawasan fasa satu bagi tujuan memantapkan dan memperkemaskan lagi operasi skim ini selain mengambil kira kemampanan pembiayaan kewangan kerajaan,” kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau menjawab soalan Dato’ Dr Alias Razak (PAS-Kuala Nerus) yang mahu tahu justifikasi kerajaan meneruskan skim berkenaan hanya di 10 daerah fasa satu di Dewan Rakyat hari ini.

Dzulkefly menjelaskan skim itu adalah inisiatif rintis bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma fasiliti Kementerian Kesihatan seluruh negara.

“Dalam merangka apa juga dasar kesihatan ia mesti memenuhi hasil kesihatan yang lebih baik, lebih mampan dan pembiayaan yang lebih mantap dan berjangka jauh,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619