AGENDA

DBP tuntut PBT kuat kuasa mutu bahasa Melayu, laksana kompaun

29 Feb 2024, 5:09 AM
DBP tuntut PBT kuat kuasa mutu bahasa Melayu, laksana kompaun

KUALA LUMPUR, 29 FEB: Kesungguhan ketua agensi setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) dituntut bagi memartabat penggunaan bahasa Melayu, kata ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dr Hazami Jahari menjelaskan peraturan penggunaannya boleh dikuat kuasa melalui pekeliling, dasar, undang-undang kecil dan garis panduan dalam iklan, paparan awam dan media massa.

“Laksana penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan secara khusus dan berkala. Tindakan tersebut boleh dilaksanakan bersama-sama proses pengenaan kompaun dan kerja pemutihan bersama PBT dan agensi lain,” katanya.

Berucap dalam Wacana Penegasan Bahasa Kebangsaan di Wisma DBP di sini semalam, beliau menamakan empat PBT di Selangor yang diiktiraf terbaik menggunakan bahasa Melayu.

Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Daerah Sabak Bernam mendapat lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan PBT.

Selain menggalakkan orang awam memantau dan melapor ketidakpatuhan paparan awam kepada PBT, beliau juga mencadangkan pegawai khusus dilantik bagi mengendali hal ehwal bahasa kebangsaan.

Cadangan sama juga disarankan kepada kakitangan kerajaan negeri melalui penyediaan kandungan laman sesawang rasmi dan diperluas di seluruh jabatan dan agensi, katanya.

“Kerajaan negeri boleh menganjurkan bengkel pemantapan bahasa dalam kalangan kakitangan agar penggunaan bahasa kebangsaan lebih baik dari aspek tatabahasa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619