EXCO

Junjung titah Sultan, negeri teliti lantikan ahli majlis secara berperingkat

28 Feb 2024, 5:36 AM
Junjung titah Sultan, negeri teliti lantikan ahli majlis secara berperingkat

SHAH ALAM, 28 FEB: Pelantikan ahli majlis di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diteliti secara berperingkat mengikut kesesuaian, kata EXCO kerajaan tempatan.

Dato' Ng Suee Lim menjelaskan perkara tersebut perlu dibuat secara berhati-hati selaras amalan Kerajaan Negeri yang mementingkan tadbir urus profesional.

"Kita menjunjung kasih keprihatinan Tuanku (Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) yang prihatin terhadap masalah rakyat.

"Ini akan dijadikan pedoman dan garis panduan. Kita akan laksana dan teliti menyeluruh secara berperingkat mengikut kesesuaian serta kebijaksanaan Dato' Menteri Besar, usah khuatir," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Hulu Kelang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.

Semalam, Sultan Selangor bertitah supaya ahli majlis PBT dianggotai sekurang-kurangnya 50 peratus golongan profesional dan tidak dimonopoli ahli politik semata-mata.

Baginda beritah langkah tersebut dapat membantu menangani segala masalah dan aduan rakyat dengan lebih baik menerusi inisiatif turun padang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619