AGENDA

Sultan gembira usaha negeri kurangkan kesan kenaikan tarif air, ringan beban rakyat

27 Feb 2024, 6:15 AM
Sultan gembira usaha negeri kurangkan kesan kenaikan tarif air, ringan beban rakyat

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan kegembiraan terhadap usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengurangkan kesan kenaikan tarif air.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah usaha itu dilihat menerusi inisiatif Kerajaan Negeri yang menyerap dan menanggung kos bagi penerima air percuma Skim Air Darul Ehsan (SADE), sekolah, masjid, surau dan rumah ibadah.

"Kos tanggungan kerajaan beta akan meningkat kepada anggaran RM37.7 juta setahun namun usaha ini meringankan beban rakyat beta dan merupakan manifestasi terhadap keprihatinan kerajaan," titah baginda.

Baginda bertitah pada istiadat pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex di sini, hari ini.

Sultan Sharafuddin pada masa sama menggesa semua pihak memberi kerjasama bagi memastikan proses penggantian paip usang dapat disegerakan.

Titahnya kira-kira 30,500 kilometer (km) paip membekalkan air kepada pengguna di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Ketika ini banyak berlaku kejadian paip pecah disebabkan paip usang, tekanan berlebihan ke atas paip dan juga vandalisme.

"Untuk menaik taraf rangkaian paip, kerajaan beta telah menyatakan komitmen menggandakan kadar penggantian paip daripada 150 km setahun kepada 300 km setahun," titah baginda.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619