AGENDA

Prestasi kewangan melebihi sasaran, Sultan harap negeri kekal kejayaan

27 Feb 2024, 4:38 AM
Prestasi kewangan melebihi sasaran, Sultan harap negeri kekal kejayaan

SHAH ALAM, 27 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan tahniah kepada pentadbiran negeri atas pencapaian prestasi kewangan melebihi sasaran tahun lalu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berharap kejayaan itu terus dipertingkat dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

"Bagaimanapun, hasil negeri ini perlulah diurus dengan baik dan dibelanjakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat," titah Baginda sempena istiadat pembukaan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Tahun lalu, rizab negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan sejumlah RM3.561 bilion, kutipan hasil pula mencecah RM2.708 bilion dengan lebihan kewangan RM206 juta.

Dalam pada itu, Sultan Selangor berharap Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dilaksana mengikut garis masa ditetapkan terutama membabitkan program kebajikan rakyat dan projek berdampak tinggi.

Baginda turut mengalu-alukan inisiatif Pejabat Tanah dan Galian Selangor serta pejabat daerah dan tanah membangunkan sistem e-tanah bagi melancarkan pendigitalan.

"Aspek ini akan membantu dalam proses semakan, perancangan dan pemantauan yang boleh dibuat secara pantas, berkala dan teratur," titah Baginda.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619