AGENDA

16 kenderaan musnah dalam kebakaran dua bengkel

26 Feb 2024, 5:07 AM
16 kenderaan musnah dalam kebakaran dua bengkel

SUNGAI PETANI, 26 FEB: Lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua bengkel membaiki kenderaan di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.23 pagi tadi dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

"Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama jentera bomba. Turut membantu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.

"Api berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan operasi tamat pada 6.36 pagi tadi. Tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619