AGENDA

Kejohanan basikal trek Asia, bintang muda Izzah Izzati raih emas keirin

25 Feb 2024, 3:44 PM
Kejohanan basikal trek Asia, bintang muda Izzah Izzati raih emas keirin

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila muncul juara edisi 2024 di New Delhi, India, hari ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi Tong Mengqi dari China yang merangkul perak manakala seorang lagi pelumba negara, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan podium menerusi pingat gangsa dalam saingan berlangsung di Velodrom Indira Gandhi.

Kejayaan Nurul Izzah pada hari kelima kejohanan menyaksikan beliau menambah lagi pungutan pingat selepas meraih gangsa acara pecut wanita Jumaat lepas dan perak pecut wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan, Rabu lalu.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas keirin wanita adalah pada edisi 2012 di Velodrom Cheras, di sini menerusi Fatehah Mustapa.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619