AGENDA

Lelaki maut ditetak guna sabit, parang dalam kedai kopi

25 Feb 2024, 3:27 PM
Lelaki maut ditetak guna sabit, parang dalam kedai kopi

ALOR SETAR, 25 FEB: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai dekat Kulim hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim DSP Safuan Md Noor berkata dalam insiden pada kira-kira 1.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 27 tahun telah diserang oleh dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori telah dikejar oleh kedua-dua suspek dari luar kedai. Mangsa yang cuba menyelamatkan diri dengan memasuki sebuah kedai kopi bagaimanapun telah ditetak sehingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, dada, belakang badan dan muka akibat kesan serangan menggunakan senjata tajam itu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek masih dijalankan.

“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk menghubungi ASP Azmirul Abd Aziz di talian 019-4446 521 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906 222,” katanya sambil menambah siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619