ADN

Lebih 300 individu sertai Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga

25 Feb 2024, 8:57 AM
Lebih 300 individu sertai Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga
Lebih 300 individu sertai Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga
Lebih 300 individu sertai Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga
Lebih 300 individu sertai Karnival Kesihatan Rahmah DUN Batu Tiga

SHAH ALAM, 25 FEB: Lebih 300 individu menyertai Karnival Kesihatan Rahmah anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pekarangan Masjid Al-Ubudiyyah, Seksyen 19, di sini.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid Haron berkata antara pengisian program adalah pemeriksaan tekanan darah, gigi dan mata secara percuma termasuk pembukaan kaunter pendaftaran Iltizam Selangor Penyayang.

Menurutnya, program julung kali itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung kepentingan penjagaan kesihatan dan mendapatkan nasihat pakar.

[caption id="attachment_630333" align="aligncenter" width="764"] Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron berucap pada Karnival Kesihatan Rahmah anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pekarangan Masjid Al-Ubudiyyah, Seksyen 19 Shah Alam pada 25 Februari 2024. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI[/caption]

"Alhamdulillah, sambutan menggalakkan meski kali pertama dianjurkan dan kita bercadang adakan karnival ini tiga kali setahun supaya lebih ramai cakna dengan kesihatan mereka.

"Kita juga turut memberi cermin mata secara percuma kepada 10 individu terawal bagi meringankan beban terutama dalam golongan berpendapatan rendah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Program itu turut mendapat kerjasama Klinik Baharuddin Shah Alam; Dentistry For The Needy; Cerah Optique; World Vision Optics dan Islamic Dental Association of Malaysia.

Sementara itu, peserta Mariyani Yusof, 45, berkata beliau tidak melepaskan peluang setiap kali adanya karnival seumpama itu untuk mengetahui status kesihatannya.

[caption id="attachment_630336" align="alignnone" width="719"] Mariyani Yusof, 45, peserta Karnival Kesihatan Rahmah anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pekarangan Masjid Al-Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam pada 25 Februari 2024. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI[/caption]

"Alhamdulillah, setakat ini saya sihat sahaja dan tiada sejarah penyakit. Saya harap lebih ramai mengambil cakna isu penjagaan kesihatan terutama golongan muda," katanya.

Mat Noor Harun, 74, bersyukur menerima cermin mata percuma memandangkan kos cermin mata di luar agak mahal dan sukar baginya yang kurang mampu.

[caption id="attachment_630337" align="aligncenter" width="801"]
Mat Noor Harun, 74, peserta Karnival Kesihatan Rahmah anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di pekarangan Masjid Al-Ubudiyyah, Seksyen 19, Shah Alam pada 25 Februari 2024. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI[/caption]

"Terima kasih YB (Yang Berhormat) Danial menaja cermin mata ini, saya berharap program begini diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada orang miskin," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619