AGENSI

Pengunjung Madani Rakyat semak kelayakan skim air percuma negeri

24 Feb 2024, 8:28 AM
Pengunjung Madani Rakyat semak kelayakan skim air percuma negeri
Pengunjung Madani Rakyat semak kelayakan skim air percuma negeri

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Reruai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini dimanfaatkan pengunjung untuk menyemak kelayakan Skim Air Darul Ehsan (Sade).

Menurut ketua unit customer experience Air Selangor, reruai yang dibuka sejak 9 pagi semalam dikunjungi ramai pelanggan khususnya warga Lembah Klang yang enggan melepaskan peluang menikmati skim air percuma 20 meter padu.

[caption id="attachment_630160" align="alignleft" width="395"] Ketua Unit Customer Experience Air Selangor Masdiana Mohd Masdar[/caption]

“Rata-rata yang hadir mahu semak dan mengesahkan sama ada mereka sudah menerima rebat daripada Kerajaan Negeri atau belum.

“Setakat 12 tengah hari semalam, 30 pelanggan berbuat demikian dengan 12 daripadanya belum terima rebat. Mereka terus didaftarkan dan proses lulus mengambil masa tiga bulan,” kata Masdiana Mohd Masdar ketika ditemui.

Beliau turut memaklumkan sekurang-kurangnya 40 pelanggan disasar mendaftar skim berkenaan sepanjang tiga hari penganjuran program tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan jumlah pendaftaran melebihi sasaran. Apabila ramai pelanggan datang ke reruai kami, sudah tentu mereka akan menghebahkan perkara ini kepada kenalan lain.

“Pendaftaran tidak perlu dibuat secara dalam talian, mereka hanya datang tanpa perlu membawa apa-apa dokumen dan isi borang. Semakan dibuat berdasarkan penama bil air rumah pelanggan atau nombor kad pengenalan,” katanya.

Pada Julai tahun lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan pemberian air percuma masih dilaksanakan dan manfaat tersebut dinikmati hampir 4 juta pengguna.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program meringankan beban rakyat yang berjalan hampir 10 tahun itu turut ditambah baik serta diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Bermula 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri mengubah syarat kelayakan air percuma 20 meter padu setiap bulan dengan menaikkan had maksimum pendapatan isi rumah daripada RM4,000 kepada RM5,000 ke bawah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619