AGENSI

Khidmat daftar permohonan Rumah Selangorku di Program Madani Rakyat

24 Feb 2024, 6:25 AM
Khidmat daftar permohonan Rumah Selangorku di Program Madani Rakyat
Khidmat daftar permohonan Rumah Selangorku di Program Madani Rakyat

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) menyedia khidmat pendaftaran permohonan rumah mampu milik pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini.

Justeru, Sekretariat Unit Komunikasi Korporatnya mempelawa orang ramai memanfaat perkhidmatan itu bagi memohon Rumah Selangorku sepanjang tiga hari program berlangsung.

“Kita akan terangkan langkah pendaftaran kepada pemohon yang berminat dengan mengimbas kod bar atau melalui video manual pengguna dalam sistem LPHS.

“Selepas pendaftaran, pemohon akan diterangkan syarat permohonan dan kelayakan sebelum meneruskan proses permohonan sekiranya berjaya didaftarkan dalam sistem,” kata Muhamad Ahadzuddin Abdul Hamid kepada Selangorkini.

Beliau turut memaklumkan kira-kira 15 projek Rumah Selangorku sedang dibangunkan di seluruh daerah negeri ini dengan kebanyakan dijangka siap menjelang 2025.

[caption id="attachment_630134" align="alignnone" width="875"] Barisan duta Platform Selangor (Plats) mempromosi insentif ditawarkan kepada peniaga ketika Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Platform Selangor (Plats) mempromosi insentif ditawarkan agensi terbabit bagi membantu mengembangkan perniagaan usahawan negeri ini sepanjang program berkenaan.

Salah seorang dutanya Ahmad Shahir Asri Shukran berkata insentif itu seperti bantuan promosi kedai atau produk usahawan melalui laman sesawang khas Plats selain bengkel perniagaan.

“Untuk platform khas, kita masukkan semua senarai peniaga di Selangor yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

“Setakat ini, ada sejumlah peniaga yang didaftarkan pada program ini,” katanya menambah 10,000 peniaga berdaftar dalam Plats setakat ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619