EXCO

EXCO agama tunai solat Subuh bersama lebih 700 jemaah di Masjid Jamek Sultan Ibrahim

24 Feb 2024, 1:55 AM
EXCO agama tunai solat Subuh bersama lebih 700 jemaah di Masjid Jamek Sultan Ibrahim
EXCO agama tunai solat Subuh bersama lebih 700 jemaah di Masjid Jamek Sultan Ibrahim

KUALA SELANGOR, 24 FEB: Lebih 700 jemaah hadir berjemaah solat Subuh di Masjid Jamek Sultan Ibrahim di sini pada program Solat Subuh Macam Jumaat sempena program Madani Rakyat Zon Tengah hari ini.

EXCO Agama Dr Fahmi Ngah menyifatkan kehadiran orang ramai bersolat Subuh di masjid tersebut satu perkembangan yang amat baik berbanding penyertaan jemaah sebelum ini.

“Program Solat Subuh Macam Jumaat ini adalah program kedua kita dalam program Madani Rakyat Zon Tengah di sini.

“Saya gembira melihat kehadiran kira-kira 700 jemaah tanpa mengira latar belakang, berbanding saya difahamkan hanya 30 jemaah sahaja solat subuh pada hari biasa,” katanya kepada Selangorkini.

Fahmi berkata Kerajaan Negeri akan meneruskan kesinambungan program Solat Subuh Macam Jumaat menerusi acara di Jelajah Karnival Madani di setiap daerah.

Wakil rakyat Seri Setia itu turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar kepada orang ramai serta ahli jawatankuasa masjid sebelum bersurai.

[caption id="attachment_630102" align="aligncenter" width="700"] Jemaah menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor pada 24 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619