AGENDA

Tengku Permaisuri serah sumbangan kembali ke sekolah, bantuan ibu tunggal

23 Feb 2024, 5:39 AM
Tengku Permaisuri serah sumbangan kembali ke sekolah, bantuan ibu tunggal
Tengku Permaisuri serah sumbangan kembali ke sekolah, bantuan ibu tunggal
Tengku Permaisuri serah sumbangan kembali ke sekolah, bantuan ibu tunggal
Tengku Permaisuri serah sumbangan kembali ke sekolah, bantuan ibu tunggal

SABAK BERNAM, 23 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) kepada 50 anak-anak asnaf.

Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 30 ibu tunggal sempena program Ziarah Kasih Pekawanis ke Anjung Utara Selangor di Parit Lapan, Sungai Panjang di sini.

[caption id="attachment_629956" align="aligncenter" width="732"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (dua, kiri) berkenan menaiki trem meninjau sawah sempena Ziarah Kasih Pekawanis bersama Tengku Permaisuri Selangor ke Anjung Utara Selangor di Parit Lapan, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 23 Februari 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dibawa mengelilingi kampung menaiki trem selama 20 minit sambil menghayati keindahan sawah padi waktu pagi sebelum mencemar duli menyertai berzumba bersama kira-kira 50 wanita Sabak Bernam di perkarangan penginapan Nazbell Cottage & Garden.

Baginda turut berkenan membuat tudung selendang menggunakan teknik batik shibori serta membuat bubur wadai kipeng serta punten, juadah tradisi masyarakat Banjar dan Jawa

[caption id="attachment_629957" align="aligncenter" width="809"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyertai Zumba Puspanita sempena Ziarah Kasih Pekawanis bersama Tengku Permaisuri Selangor ke Anjung Utara Selangor di Nazbell Cottage, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 23 Februari 2024. Turut sama Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Semalam, Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli bertemu rakyat menerusi program tersebut dengan memulakan ziarah mengunjungi Rumah Gubuk Antik, Sungai Air Tawar yang mengumpulkan koleksi barangan antik.

Baginda turut berkenan berswafoto dan meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk sekitar sebelum menziarahi Siti Khomisah Keling yang kehilangan kedua-dua kakinya akibat penyakit kencing manis dan bertemu pemilik haiwan ternakan pelanduk Siti Rohayu Kamarudin.

Seterusnya, baginda berkenan merasmikan Pasar Budaya Palong, Parit 8, Sungai Panjang yang menjual pelbagai produk kraftangan Sabak Bernam dan makanan tradisional.

[caption id="attachment_629960" align="aligncenter" width="778"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan membuat bubur wadai kipeng sempena Ziarah Kasih Pekawanis bersama Tengku Permaisuri Selangor ke Anjung Utara Selangor di Nazbell Cottage, Sungai Panjang, Sabak Bernam pada 23 Februari 2024. Turut sama Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (kanan). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619