AGENSI

Terus dekati rakyat, Gagasan Rumpun Selangor jelajah ke lapan lagi daerah

23 Feb 2024, 1:00 AM
Terus dekati rakyat, Gagasan Rumpun Selangor jelajah ke lapan lagi daerah
Terus dekati rakyat, Gagasan Rumpun Selangor jelajah ke lapan lagi daerah

HULU SELANGOR, 23 FEB: Program Gagasan Rumpun Selangor diteruskan ke lapan lagi daerah bagi mendekati sekali gus memupuk semangat perpaduan di segenap lapisan masyarakat.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berkata Selangor merupakan jantung perpaduan negara yang menjadi paksi kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai negeri, agama, etnik dan budaya.

“Ini menunjukkan betapa pentingnya negeri ini bukan hanya sekadar penyumbang utama ekonomi negara tetapi turut menjadi paksi kepelbagaian masyarakat daripada pelbagai negeri, agama, etnik dan budaya, ibarat ‘mini Malaysia’.

“Justeru bukan hanya perlu kuat ekonominya tetapi Selangor turut menjadi teras kepada pembinaan naratif perpaduan yang dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di bawah konsep Gagasan Rumpun Selangor,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Program Gagasan Rumpun Selangor daerah Hulu Selangor di sini malam tadi yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_629908" align="aligncenter" width="790"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) diiringi Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail bergambar bersama pada majlis perasmian Gagasan Rumpun Selangor pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Hulu Selangor 2024 di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, pada majlis itu Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melancarkan logo rasmi Gagasan Rumpun Selangor.

Gagasan Rumpun Selangor diperkenal bagi memperkukuh semangat perpaduan nasional dan sistem masyarakat di negeri ini.

Pelaksanaannya meliputi enam agenda utama iaitu karnival dan eksplorasi, dasar, lagu perpaduan serta penstrukturan dan pemerkasaan institusi kepimpinan kampung.

Selain itu penjenamaan institusi pendidikan kanak-kanak khususnya Tabika Perpaduan dan Tadika Kemas turut terangkum selain program promosi dan advokasi rakyat.

Sebelum ini, Amirudin ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 memperuntukan RM4.5 juta bagi menjayakan Gagasan Rumpun Selangor di sembilan daerah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619