AGENSI

PKNS lancar 90 unit rumah teres dua tingkat di Antara Gapi

20 Feb 2024, 1:30 PM
PKNS lancar 90 unit rumah teres dua tingkat di Antara Gapi
PKNS lancar 90 unit rumah teres dua tingkat di Antara Gapi

SHAH ALAM, 20 FEB: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek pembinaan 90 unit rumah teres dua tingkat di Antara Gapi, Serendah Sabtu lalu.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata perumahan Ixora dibina bercirikan reka bentuk moden kontemporari berlatar kehijauan landskap dengan jualan bermula dari RM588,000 sehingga RM891,000.

"Ixora yang dijangka siap pembinaannya pada 2026 dibina di atas kawasan seluas 9.01 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM57 juta.

"Dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air, rumah ini memiliki tempat letak kereta yang lebar dan luas serta kemudahan rekreasi yang dihiasi dengan landskap menarik," kata Dato’ Mahmud Abbas dalam kenyataan.

[caption id="attachment_629500" align="alignnone" width="953"] Lakaran rumah teres dua tingkat, Ixora yang dibina di Antara Gapi, Serendah. Foto PKNS[/caption]

Menurut beliau, perumahan ini juga mudah diakses melalui Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya Rawang Bypass, Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) dan Jalan Persekutuan Rawang–Tanjung Malim.

"Selain itu, jarak perjalanan ke Kuala Lumpur hanyalah sejauh 36 kilometer (km) dan ke Pekan Tanjung Malim pula sejauh 15km," tambahnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh kunjungi Galeri Jualan Hartanah Antara Gapi atau hubungi eksekutif jualan PKNS di talian 03-5022 0188 atau WhatsApp (010-9280 187).

Selain itu, layari laman sesawang rasmi http://www.pkns.gov.my untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang projek hartanah PKNS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619