AGENDA

Tze Yong cedera tulang belakang ketika beraksi di badminton Asia

20 Feb 2024, 9:03 AM
Tze Yong cedera tulang belakang ketika beraksi di badminton Asia

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ooi Yu Hang yang menegaskan ia bukan kecederaan berulang seperti dialami Tze Yong pada Terbuka Malaysia 2024, yang menyaksikan pemain di ranking ke-15 dunia itu mengalami kecederaan koyak otot pada bahagian belakang.

Yu Hang berkata pihaknya kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.

"Ia kecederaan berbeza (daripada Terbuka Malaysia). Koyak (otot) ketika Terbuka Malaysia telah sembuh. (Kali ini) berkaitan tulang belakang dan cakera. Tze Yong telah mengambil suntikan minggu lepas.

"Kami perlu memantau (beliau) seperti yang disarankan oleh doktor dari ISN untuk melihat bagaimana beliau bertindak balas terhadap suntikan itu dalam 10 hari ini.

"Jadi dalam 10 hari ini kami mengizinkan Tze Yong melakukan latihan kemahiran ringan namun fokus utama ialah pemulihan untuk menguatkan otot di sekeliling bagi melindungi kecederaan itu," katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.

Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan suku akhir BATC 2024 menentang pemain Singapura Jason Teh pada Jumaat lepas, hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum menarik diri daripada kejohanan dwitahunan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619