AGENDA

Lelaki berpaut belakang treler bergerak di lebuh raya dicari polis

17 Feb 2024, 3:30 PM
Lelaki berpaut belakang treler bergerak di lebuh raya dicari polis

JOHOR BAHRU, 17 FEB: Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan berbahaya dengan berpaut pada belakang treler sedang bergerak di lebuh raya seperti tular di laman sosial Facebook semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tan Seng Lee berkata pihaknya menyedari insiden itu pada 12 tengah hari semalam selepas video tular di media sosial di pautan https://www.facebook.com/puteri.farah.330/videos/911531420565764/21 dorvanity=756572531692398.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku di kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada Khamis lalu jam 10 pagi.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai dan dia tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

"Pemandu berumur 36 tahun tersebut mendakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan. Pemandu tersebut hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat menunjukkan aksi, seorang lelaki berpakaian gelap dan menggalas beg, berdiri dan berpaut pada belakang treler yang bergerak laju.

Video dipercayai dirakam pemandu lain yang melalui jalan sama.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619