AGENDA

Mapim-NGO luar negara jalin kerjasama bantu bangunkan semula Palestin

15 Feb 2024, 1:34 PM
Mapim-NGO luar negara jalin kerjasama bantu bangunkan semula Palestin
Mapim-NGO luar negara jalin kerjasama bantu bangunkan semula Palestin

KOTA BHARU, 15 FEB: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dari 50 negara menerusi Pelan Bangun Semula Gaza Pascaperang.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelan berkenaan merangkumi lima sektor pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perumahan, infrastruktur awam dan keperluan asas.

[caption id="attachment_378287" align="aligncenter" width="796"] Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid ketika ditemui Selangorkini di pejabatnya di Shah Alam pada 14 Januari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Kita akan mengadakan perbincangan lanjut kerana rancangan ini sudah pasti menelan kos yang tinggi termasuklah proses pembersihan kerana kawasan yang musnah sahaja mungkin kosnya menelan hingga US$100 juta (kira-kira RM478.2 juta)

"Pelan pembangunan ini akan dilakukan secara kluster dan kos mencecah hingga US$50 bilion (kira-kira RM239.1 bilion)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata proses awal pelan pembangunan itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tujuh tahun dengan kos US$500 juta (kira-kira RM2.4 bilion) dan diharapkan peperangan yang berlaku ketika ini dapat ditamatkan dalam tempoh tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azmi berkata Mapim juga akan menganjurkan Perhimpunan Mega Bersama Palestin pada 2 Mac depan.

"Tema program ini ialah 'Hentikan Genocide' dan diharap seluruh rakyat Malaysia dapat menyertainya dengan berpakaian putih, merah, hijau dan hitam.

"Kita akan berarak dari Kedutaan Amerika Syarikat dan berakhir di Padang Merbok, Kuala Lumpur untuk mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin tempatan dan akan disertai oleh wakil-wakil," katanya.

Pada Isnin lepas, Mapim menerima sumbangan berjumlah RM30 juta termasuk lima ambulans bagi pembangunan semula Gaza daripada 17 penyumbang termasuk dari luar negara seperti Thailand, Turkiye, Singapura dan India.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619