AGENDA

MB ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat ringan di Klang

14 Feb 2024, 9:32 AM
MB ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat ringan di Klang

SHAH ALAM, 14 FEB: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda dekat Kapar, Klang semalam.

Dato' Seri Amirudin Shari turut mendoakan agar keluarga mendiang diberi kekuatan, sabar dan tabah menghadapi ujian.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Daniel Yee Hsiang Khoon dan Roshaan Singh Raina di atas pemergian mereka dalam tragedi nahas pesawat ringan semalam," katanya di Facebook.

Semalam, Ketua Polis Selangor Dato' Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa maut dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter di kawasan ladang kelapa sawit.

Sebelum kejadian, pesawat ringan model BK160 Gabriel itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 1.28 tengah hari untuk melakukan penerbangan rekreasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619