ADN

Pusat Wanita Berdaya Kota Damansara anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini

14 Feb 2024, 7:59 AM
Pusat Wanita Berdaya Kota Damansara anjur saringan kesihatan percuma Sabtu ini

SHAH ALAM, 14 FEB: Golongan wanita dipelawa menyertai program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Pusat Wanita Berdaya Kota Damansara Sabtu ini.

Wakil rakyat Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata program bermula jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di Dewan Bunga Matahari di Subang Bestari.

"Program ini dianjur bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya kaum Hawa berhubung kepentingan penjagaan dan pemeriksaan kesihatan diri.

"Ayuh, anda semua dijemput hadir untuk periksa kesihatan secara percuma dan turut diadakan sesi soal jawab bersama doktor pakar," katanya kepada Selangorkini.

Pengunjung juga turut diberi penerangan bersama doktor pakar sakit puan berkenaan punca dan kaedah mengatasi penyakit barah serta penjagaan pemakanan.

Selain itu, individu pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berusia 40 tahun ke atas juga boleh menjalani ujian barah pangkal rahim secara percuma.

Sebarang pertanyaan atau mahu daftarkan nama untuk ujian pap smear boleh hubungi Ana Razak menerusi talian 019-391 0022.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619