AGENDA

El Nino: Tanaman, sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas

13 Feb 2024, 7:44 AM
El Nino: Tanaman, sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas

SHAH ALAM, 13 FEB: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan keadaan tanaman dan sumber bekalan makanan tempatan tidak terjejas setakat ini biarpun negara sedang berdepan dengan cuaca panas dan fenomena El Nino.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan pada masa sama meminta petani, nelayan dan penternak mengambil langkah penjagaan kesihatan yang lebih baik terutama ketika bekerja di lapangan.

"Cuaca panas ini akan dihadapi dalam tempoh lama dan golongan itu (petani) perlu mematuhi semua arahan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Keropok House & Industry Sdn Bhd di Seksyen 27 di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad berkata pihak kementeriannya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada minggu depan, bagi membincangkan persiapan negara dalam menghadapi fenomena El Nino.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619