AGENDA

Remaja melecur dalam kebakaran rumah teres termasuk tadika

13 Feb 2024, 3:43 AM
Remaja melecur dalam kebakaran rumah teres termasuk tadika

JOHOR BAHRU, 13 FEB: Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam sebelum 28 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun sedang tidur, namun telah diselamatkan oleh orang awam.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran melibatkan dua rumah teres satu tingkat yang masing-masing hampir musnah dan terbakar sedikit manakala tadika (musnah 30 peratus) selain empat motosikal turut terjejas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut," katanya menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operas ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 malam tadi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619