BERITA UTAMA

Ella, Jamal Abdillah di Karnival Bandaraya Diraja Klang Jumaat ini

13 Feb 2024, 12:30 AM
Ella, Jamal Abdillah di Karnival Bandaraya Diraja Klang Jumaat ini
Ella, Jamal Abdillah di Karnival Bandaraya Diraja Klang Jumaat ini

SHAH ALAM, 13 FEB: Ella dan Dato' Jamal Abdillah antara penyanyi tanah air yang bakal memeriahkan memeriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang bermula Jumaat ini hingga Ahad.

Berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, acara dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam turut menampilkan pemain Selangor FC.

Tiga motosikal juga menanti pengunjung bertuah selain pameran reruai agensi kerajaan dan swasta serta persembahan bunga api.

Pelbagai aktiviti menarik disedia antaranya festival makanan, soopa-doopa, klinik bola sepak, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pertandingan e-sukan dan bola jaring tiga lawan tiga.

Pada 5 Februari lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan istiadat pengisytiharan MBDK.

Baginda berkenan melafazkan pengisytiharan dan mengumumkan pelantikan Datin Paduka Noraini Roslan sebagai datuk bandar MBDK berkuat kuasa 23 November tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619