AGENDA

Tiga premis kerajaan terima e-mel ancaman bom daripada individu sama

12 Feb 2024, 11:56 AM
Tiga premis kerajaan terima e-mel ancaman bom daripada individu sama

JOHOR BAHRU, 12 FEB: Tiga premis kerajaan di Johor Bahru Selatan disahkan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu sama, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

Beliau berkata satu daripada tiga premis kerajaan yang menerima e-mel tersebut adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di sini.

"Setakat ini di daerah Johor Bahru kami menerima tiga laporan polis dari premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima e-mel sama.

"Pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum," katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB di sini hari ini.

Terdahulu, Raub dilaporkan berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan objek mencurigakan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619