BERITA UTAMA

EXCO: Tindakan tegas biar lembu berkeliaran dalam kawasan hospital

12 Feb 2024, 12:30 AM
EXCO: Tindakan tegas biar lembu berkeliaran dalam kawasan hospital

SHAH ALAM, 12 FEB: Penternak bakal berdepan tindakan tegas jika membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran khususnya dalam kawasan hospital, kata EXCO kemajuan desa.

Datuk Rizam Ismail berkata amaran itu berikutan aduan diterima berhubung pencerobohan ratusan ekor lembu di Hospital Tengku Ampuan Jamaah, Sabak Bernam baru-baru ini.

“Saya memandang serius aduan dan implikasi buruk yang bakal terjadi jika permasalahan ini tidak ditangani. Ini kerana berlaku kejadian meragut nyawa di kawasan terbabit,” katanya di Facebook.

Pada 8 Februari, Rizam menyertai operasi khas bersama Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri dan polis untuk menangani masalah tersebut.

Operasi yang akan dilaksana secara berkala dijalankan di sekitar kawasan hospital, Jalan Sepintas-Bagan Terap, Bagan Tunjang serta beberapa kawasan yang dikenal pasti MDSB.

Sebelum ini, media melaporkan ada penternak tidak bertanggungjawab sengaja membiarkan haiwan ternakan mereka meragut rumput di hospital berkenaan pada waktu malam.

Insiden tersebut dipercayai berlaku sejak sebulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang selesa kepada kakitangan, pesakit dan pelawat hospital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619