AGENDA

Wanita maut, empat rakan cedera kenderaan jatuh gaung

11 Feb 2024, 3:35 PM
Wanita maut, empat rakan cedera kenderaan jatuh gaung

KUALA LUMPUR, 11 FEB: Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 petang dan tujuh pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terjatuh di dalam gaung dan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengambil masa 10 minit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata bagaimanapun wanita berusia 58 tahun itu disahkan telah meninggal dunia, manakala empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Identiti semua mangsa yang terlibat belum diperoleh.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619