AGENDA

Aliran trafik sesak, perlahan di lebuh raya utama petang ini

10 Feb 2024, 10:20 AM
Aliran trafik sesak, perlahan di lebuh raya utama petang ini

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 5 petang ini sesak dan perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi memaklumkan trafik sesak dan perlahan kira-kira lima kilometer di Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE) menghala ke Plaza Tol Gombak bermula dari Greenwood dan Batu Caves.

Keadaan trafik turut dilaporkan perlahan ke arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang Selatan, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng dan Bandar Baharu ke Bandar Cassia.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, lancar kecuali di Lentang ke Bentong menghala timur,” katanya.

Menurut jurucakap itu, trafik sesak dan perlahan turut dilaporkan berlaku menghala ke selatan bermula di Nilai ke RnR Seremban, Bandar Ainsdale ke Senawang dan Simpang Ampat ke Ayer Keroh.

Akaun rasmi X Plus memaklumkan terdapat kemalangan di KM168.2 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi namun tiada lorong terhalang dan trafik terkawal.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619