AGENSI

Sultan, Permaisuri mahu Tahun Baharu Cina disambut harmoni, toleransi

9 Feb 2024, 9:34 AM
Sultan, Permaisuri mahu Tahun Baharu Cina disambut harmoni, toleransi

SHAH ALAM, 9 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor

berharap Tahun Baharu Cina disambut dalam suasana yang aman, harmoni dan penuh toleransi.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertitah agar budaya mempererat hubungan kekeluargaan di musim perayaan sebegini dicontohi oleh setiap masyarakat tanpa mengira kaum.

"Baginda berdua menaruh harapan agar perayaan kaum sebegini terus disambut dalam suasana yang aman, harmoni dan penuh toleransi.

"Baginda mahu budaya mempererat dan memupuk kehidupan berkeluarga di musim perayaan sebegini dicontohi dan diamalkan oleh setiap golongan masyarakat tidak mengira kaum, khususnya dalam menghargai masa bersama keluarga serta menjadikannya keutamaan yang lebih besar," menurut Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda berdua menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Malaysia yang meraikannya.

Baginda turut berpesan kepada para pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan berwaspada ketika memandu agar selamat sampai ke destinasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619