AGENDA

Bantuan STR RM1 bilion, BINGKAS RM300 bantu ringan beban hidup rakyat

9 Feb 2024, 5:36 AM
Bantuan STR RM1 bilion, BINGKAS RM300 bantu ringan beban hidup rakyat

SHAH ALAM, 9 FEB: Rakyat Selangor baik bujang mahupun berkeluarga menerima pelbagai bantuan tunai daripada pentadbiran negeri dan persekutuan bagi meringankan bebanan hidup.

Dato' Menteri Besar berkata bantuan itu termasuk peruntukan RM1 bilion menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) RM300 sebulan.

"Macam-macam lagi inisiatif yang kita boleh jumpa di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP).

“Rakyat Selangor boleh buka laman web https://selangorpenyayang.com untuk teroka lebih banyak inisiatif kebajikan yang disediakan Kerajaan Negeri,” katanya menerusi Facebook.

Bermula 2008 selepas memegang tampuk pentadbiran, Kerajaan Negeri menyediakan tujuh program kebajikan bertema Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Skim tersebut bertambah kepada 43 menerusi Inisiatif Peduli Rakyat pada 2017 sebelum penyelarasan dibuat menjadikan 33 bantuan pada 2019.

Sehingga kini, Selangor memiliki 46 pelan kebajikan kepada rakyat menerusi ISP dengan

peruntukan lebih RM600 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619