AGENDA

Dua buruh diberkas disyaki terlibat sindiket edar dadah sekitar Hulu Selangor

8 Feb 2024, 2:54 PM
Dua buruh diberkas disyaki terlibat sindiket edar dadah sekitar Hulu Selangor

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata suspek berusia 43 dan 31 tahun yang bekerja sebagai buruh itu, ditahan dalam sebuah kereta jenis Proton Saga pada 8.20 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Beliau berkata polis turut menemukan tujuh bungkusan kerajang plastik berwarna kekuningan yang berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan jumlah berat 6,276 gram.

Jumlah itu katanya boleh dibekalkan kepada 12,552 orang.

“Nilai rampasan dadah berjumlah RM22,000 dan dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah Hulu Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata kedua-dua suspek positif dadah dan seorang daripada mereka mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Mereka ditahan reman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619