AGENDA

Warga emas rentung, tiga individu termasuk kanak-kanak melecur kereta terbakar

8 Feb 2024, 4:32 AM
Warga emas rentung, tiga individu termasuk kanak-kanak melecur kereta terbakar

IPOH, 8 FEB: Wanita warga emas rentung manakala tiga individu termasuk dua kanak-kanak lelaki melecur dalam kebakaran sebuah kereta di jalan Bidor Lama, dekat Tapah, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.49 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang terbakar 98 peratus dan terdapat mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta telah rentung.

"Manakala seorang lagi wanita serta dua kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lima dan lapan tahun cedera melecur telah dibawa ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata anggota bomba mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dan membuat pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Setakat ini kita tidak dapat sahkan pertalian mereka memandangkan dokumen pengenalan hangus dalam kejadian itu," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619