AGENDA

MB rakam takziah buat keluarga bekas pemain bola sepak Selangor

6 Feb 2024, 2:00 PM
MB rakam takziah buat keluarga bekas pemain bola sepak Selangor

SHAH ALAM, 6 FEB: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pemain bola sepak Selangor Khalid Ali yang meninggal dunia hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari juga mendoakan agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang disayangiNya.

"Almarhum merupakan seorang pemain bola sepak kelahiran Selangor yang tangkas serta lincah dan merupakan sebahagian dari skuad Sukan Olimpik Moscow 1980 dan pemenang pingat emas Sukan SEA 1979.

"Saya berkesempatan menziarahi Almarhum pada April tahun lalu dan bertanyakan khabar beliau ketika itu," katanya menerusi Facebook.

Khalid pernah mewakili negara dari 1977 hingga 1985 dan membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619