AGENDA

LUAS aktifkan siasatan selepas kesan bau di Sungai Buah, Sungai Semenyih

5 Feb 2024, 3:21 PM
LUAS aktifkan siasatan selepas kesan bau di Sungai Buah, Sungai Semenyih

SHAH ALAM, 5 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan dan mitigasi menyeluruh selepas mengesan bau abnormal di Sungai Buah dan Sungai Semenyih, malam ini.

Agensi itu memaklumkan, bau abnormal itu dikesan jam 8.30 malam tadi dan tindakan diambil berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Air.

"Pemantauan bau oleh LUAS ditingkatkan setiap 30 minit dan bacaan terkini di Sungai Semenyih mencatatkan satu ton.

"Pasukan LUAS digerakkan untuk carian serta pengesanan punca," katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu LUAS turut berhubung dengan pihak di Negeri Sembilan untuk semakan di kawasan berkaitan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619