AGENDA

Baki 75 warga asing lolos sembunyi sekitar Tapah, Bidor

5 Feb 2024, 7:09 AM
Baki 75 warga asing lolos sembunyi sekitar Tapah, Bidor

LUMUT, 5 FEB: Polis percaya baki 75 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada 1 Feb lepas masih bersembunyi di kawasan sekitar Tapah dan Bidor.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata ia berdasarkan maklumat daripada soal siasat dijalankan terhadap pendatang tanpa izin yang diberkas dalam Op Kesan yang memasuki hari kelima hari ini.

“Kita akan terus tumpukan pencarian di Tapah dan Bidor terutama di kawasan terpencil seperti kampung dan hutan-hutan kecil berhampiran," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024 Peringkat PDRM Kontinjen Perak di Plaza Tol Lekir di sini, hari ini.

Beliau berkata sekatan jalan raya (SJR) akan terus dilaksanakan di tujuh lokasi meliputi daerah Tapah, Kampar, Muallim serta Hilir Perak, dan operasi pencarian turut disertai Unit Pasukan Gerakan Udara (PGU) polis menerusi penggunaan dron dan sebagainya.

Pada 1 Feb lepas 131 pendatang tanpa izin terdiri dari etnik Rohingya, warga Myanmar dan Bangladesh melarikan dari Depot Imigresen Sementara Bidor dalam kejadian pada 9.50 malam.

Daripada jumlah itu sehingga pagi ini, 54 pendatang telah berjaya diberkas manakala dua dilaporkan maut akibat kemalangan jalan raya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619